Apa guna PRU, kalau lompat parti



Sebaran :


Tindakan lompat parti untuk menyokong kerajaan sedia ada adalah pelanggaran nilai demokrasi dan menjejaskan moral dalam berpolitik.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, apa yang merisaukan kini adalah masa depan Malaysia jika Akta Anti Lompat Parti tidak diwujudkan kerana ia menjejaskan kestabilan politik negara.

Jelasnya, tiada guna melaungkan demokrasi jika budaya lompat parti terus berlaku di negara ini dan rakyat akan rugi kerana tidak mempunyai pemimpin yang berkualiti dan berprinsip.



“Tiada guna juga melakukan PRU (Pilihan Raya Umum) jika Ahli Parlimen terus melompat parti untuk mengukuhkan kedudukannya. Lebih baik bertanding sebagai calon bebas.

“InshaAllah saya akan kekal setia bersama UMNO untuk melaksanakan amanah yang berpertanggungjawabkan walaupun saya bukanlah pemimpin tinggi dalam negara.

“Yang penting adalah keikhlasan untuk membantu rakyat dan berkualiti dalam kerja,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Facebook miliknya di sini. MG




Sebaran :


Leave a Reply