Neymar cedera, FIFA kena bayar pampasan RM37 juta

Neymar menjerit kesakitan akibat kecederaan ketika Brazil menentang Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia. – REUTERS

LONDON: Kecederaan dialami Neymar bakal membuatkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ‘kerugian’ RM37 juta.

Badan induk bola sepak itu perlu membayar pampasan yang tinggi kepada Al-Hilal selepas bintang terbaharu kelab Arab Saudi terbabit terpaksa diketepikan untuk baki musim ini.

Neymar dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL) apabila terjatuh selepas berlaga dengan pemain Uruguay, Nicolas de la Cruz pada minit ke-44 ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay pada aksi Kelayakan Piala Dunia, kelmarin.

Penyerang berusia 31 tahun itu menyertai Al-Hilal dari Paris Saint-Germain (PSG) dengan gaji sekitar RM14 juta seminggu.



FIFA perlu membayar pampasan gaji pemain yang cedera bermula 28 hari hingga setahun dengan jumlah maksimum RM37 juta.

Namun, jumlah itu hanyalah kecil jika dibandingkan dengan kontrak dua tahun bernilai RM1.8 bilion yang diterima Neymar bersama gergasi Arab Saudi itu

Al-Hilal mengesahkan pemain itu terpaksa berehat panjang.

“Hasil pemeriksaan mendapati Neymar mengalami kecederaan ACL dan koyak meniskus di bahagian lutut kirinya.



“Dia akan menjalani pembedahan dan kemudiannya mendapatkan program rawatan yang akan ditentukan nanti. Bangkit dengan lebih kuat Neymar,” menurut kenyataan dikeluarkan Al-Hilal. -AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker