JPA akan semak dakwaan setiausaha akhbar menteri tidak menerima gaji

JPA akan semak dakwaan setiausaha akhbar menteri tidak menerima gaji

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat semakan serta mendapatkan maklumat lengkap berhubung isu membabitkan beberapa setiausaha akhbar menteri tidak menerima gaji mereka sehingga kini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamad, berkata proses itu bagi membolehkan tindakan segera diambil membabitkan perkara terbabit.

“Kita akan semak dan mendapatkan maklumat lengkap supaya tindakan segera diambil,” katanya kepada BH, di sini.

Sementara itu, menurut satu sumber kepada BH, isu mengenai setiausaha akhbar menteri tidak menerima bayaran gaji tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana pegawai terbabit dalam mesyuarat terbaharu mereka, kira-kira dua minggu lalu.

Dalam mesyuarat berkenaan, dakwanya, hanya isu berkaitan pembayaran gaji rendah sahaja dibangkitkan ketika itu.

“Beberapa setiausaha akhbar terkejut dengan laporan sebuah portal mengenai perkara itu kerana perkara tidak kedengaran sama ada di luar atau dibincangkan di dalam mesyuarat.

“Dalam mesyuarat terbaru itu, ada pegawai yang membangkitkan mengenai bayaran gaji tetapi ia bukanlah mengenai tiada langsung penerimaan gaji oleh setiausaha akhbar,” katanya, di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai setiausaha akhbar beberapa menteri mengadu belum dibayar gaji, walaupun mereka bertugas sejak beberapa bulan lalu.

Tiga setiausaha akhbar yang enggan dinamakan memberitahu portal berita itu, mereka tidak dapat meneruskan tugas tanpa gaji dan mungkin akan berhenti.

Seorang daripadanya mendakwa teringin ke bidang korporat yang menawarkan gaji lebih tinggi, tetapi tidak mahu ‘meninggalkan menteri separuh jalan’.

Mengulas lanjut, menurut sumber itu, sekiranya benar dakwaan laporan portal berita itu, ia sepatutnya dibangkitkan menerusi saluran yang betul dan bukannya dihebahkan untuk pengetahuan umum.

“Isu sebegini sepatutnya dibangkitkan dalam mesyuarat setiausaha akhabr dan diselesaikan secara dalaman. Pelantikan mereka secara profesional dan perlu untuk semua pihak berkhidmat secara profesional,” dakwanya.

Sementara itu, difahamkan proses pembayaran sedang dilaksanakan oleh kerajaan dan dijangka mengambil masa disebabkan prosedur yang sudah ditetapkan kerajaan.

Ini berlaku, selepas setiausaha akhbar terbabit didakwa menolak tawaran gaji lantai yang dikemukakan. BH

JPA akan semak dakwaan setiausaha akhbar menteri tidak menerima gaji

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker