Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang


Umum tahu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan semula sejak bulan Januari lalu, orang ramai tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri kecuali dengan sebab-sebab yang dibenarkan.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang memilih untuk merentas negeri serta bangga memaparkannya di media sosial secara terbuka. Lebih mengejutkan, instafamous yang menggelarkan diri beliau sebagai datin ini turut berkongsi ‘cara-cara’ untuk merentas negeri buat mereka yang mahu berbulan madu.



Menurut instafamous ini, beliau sudah mulai membuat tempahan tempat percutian sejak pada bulan Disember lalu. Dikatakan pegawai polis di tempat beliau yang mudah untuk memberi pelepasan antara yang membuatkan pasangan ini bebas untuk berbulan madu sambil mengikut SOP yang ditetapkan.

Perkongsian instafamous ini nyata membuatkan para netizen kurang senang melihatkan keadaan semasa di mana orang ramai tidak dapat pulang ke kampung dan sebagainya meskipun dengan alasan yang lebih mustahak. Berikut antara komen netizen mengenai tindakan instafamous yang kurang sensitif dengan keadaan semasa ini.

Dimaklumkan selepas tular perkongsian beliau di Instagram dan Twitter, beliau memilih untuk mengunci akaun Instagram bagi mengelakkan lebih ramai netizen melawati laman Instagram beliau. Vc



Pelacuran online: Pelakon filem, Instafamous ditahan

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker