Mana mau lari bro? — MYKMU.NET

Mana mau lari bro?



Sebaran :


Klang: Hanya mampu tercegat sebaik ‘disapa’ anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA). Itu gelagat seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan minuman keras.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, lelaki tempatan itu dilihat sedang leka memunggah minuman keras tidak bercukai di hadapan sebuah premis di Taman Mewah Jaya, di sini.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, lelaki berumur 36 tahun itu yang leka memunggah minuman keras seludup ke dalam pacuan empat roda diberkas sepasukan polis dari Batalion 4 PGA Semenyih.



“Suspek ditahan ketika memunggah minuman keras itu ke dalam kenderaan dari dalam sebuah rumah teres yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan minuman keras itu.

“Polis juga menjalankan pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu dan menemui sejumlah botol minuman keras yang dipercayai diseludup dan tidak bercukai.

“Pemeriksaan lanjut turut dijalankan di dalam premis dan polis longgokan minuman keras disembunyikan di dalam premis itu,” katanya semalam.



Rizall berkata, sebanyak 4,920 tin dan 492 botol minuman keras tidak bercukai dengan anggaran nilai barang RM28,949 dirampas.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan telefon bimbit pelbagai jenama. Nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah kira-kira RM243,248.59.

Beliau yakin berjaya memutuskan rangkaian sindiket pengedaran arak tidak bercukai sekitar Klang. HM



Pekerja kedai runcit dirogol majikan selepas diberi minuman keras


Sebaran :


Leave a Reply