Sembelih ayam dalam tandas, kedai runcit dikompaun



Sebaran :


BUKIT MERTAJAM – Simpan dan sembelih ayam hidup dalam tandas sebelum dijual kepada pelanggan.

Itulah perbuatan jijik seorang peniaga kedai runcit di Taman Pewira yang dibongkar Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Ops Caras hari ini.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui seekor ayam yang dipercayai mati lebih tiga hari yang disimpan dalam reban ayam hidup.



Katanya, pekara itu amat membimbangkan kerana ayam hidup itu boleh tercemar susulan dicampur dengan haiwan mati, sekali gus boleh memudaratkan kesihatan orang awam yang membeli ayam terbabit.


Produk makanan tamat tarikh luput turut dijual.

“Ikutkan perlesenan hanya benarkan penyembelihan di pusat tertentu tetapi mereka ini bukan saja melakukan kesalahan menyembelih malah menempatkan haiwan di dalam tandas.



“Kita khuatir ayam mati itu dicampur dengan ayam hidup dan dijual kepada pembeli,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Wazir berkata, kedai runcit itu turut menjual produk makanan yang sudah tamat tarikh luput serta barang import tidak mengikut standard label ditetapkan.

“Kita tidak menolak kemungkinan kawasan ini ramai warga asing jadi peniaga jual barang ikut permintaan mereka.



“Selalunya senario kedai runcit di kawasan penempatan warga asing didapati melakukan kesalahan yang sama dan kita mahu mereka (peniaga) tahu kita menekankan aspek kebersihan makanan bagi megelakkan keracunan kepada semua orang, bukan rakyat tempatan saja,” ujar Wazir.

Dalam operasi itu, sebanyak lima kedai runcit diperiksa dan lapan notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berjumlah RM22,500. MG

3 kontena daging campur aduk dari rumah sembelih tak dilulus kerajaan disita


Sebaran :


Leave a Reply