‘Berita sampah’ paling suka dibaca

Sebaran :


Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

Sejak Kosmo! ‘dilahirkan’ semula pada 20 Julai tahun lalu banyak perubahan dari segi bahan bacaan yang dipaparkan menerusi edisi cetak dan laman web untuk tatapan pembaca.

Perubahan itu adalah bagi mengikut keadaan semasa apabila sumber berita lebih terarah kepada berita tular ataupun sohor kini.

Sumber berita banyak diperolehi melalui perkongsian di laman Facebook, Twitter mahupun Instagram terutamanya mengenai artis.



Percaya atau tidak, berita mengenai artis paling banyak dipaparkan bukan sahaja dalam Kosmo! malah puluhan portal hiburan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak kebelakangan ini.

Apa sahaja tindak-tanduk artis di media sosial menjadi bahan berita sama ada posting, video atau Instastory yang ditulis.

Berita seperti pembantu rumah artis lari, cinta, putus tunang, buka tudung atau terkucil ketika membuat persembahan nyanyian sudah tentu menjadi ‘berita cari makan’ yang akan menjadi hit di laman web.

Disebabkan berita itu, ramai netizen yang membacanya terus melatah dan melabelnya sebagai ‘berita sampah’.



Sebagai contoh, jika ada kisah artis yang bertunang atau putus cinta dijadikan bahan berita, terus ruangan komen Facebook Kosmo! Online ramai yang melatah dengan melabel itu adalah ‘berita sampah’.

“Berita sampah, tiada berita lain ke nak buat,” tulis salah seorang pembaca.

Ada juga yang memerli berita itu dengan meninggalkan komen akan beritahu jiran dan saudara-mara mereka mengenai berita tersebut.

Sebenarnya netizen perlu tahu ‘berita sampah’ yang dilabel oleh mereka itulah yang paling banyak dibaca atau dilayari di media sosial.



Malah berita seumpama itu turut paling tinggi dikongsi dan reach di Facebook lebih tinggi berbanding berita isu semasa negara.

Walaupun mereka melemparkan kata-kata seperti, “tiada berita ilmiah lain ke hendak dibuat berita?”, percayalah wahai netizen, berita berinfomasi seperti isu Covid-19, vaksinasi dan hak pengguna itu tidak dibaca jauh sekali hendak klik pada pautan.

Apa sahaja berita yang diminati netizen itulah yang dihidangkan kepada mereka, disebabkan itu portal hiburan di negara ini ‘kenyang makan’.

Perkara itu boleh diibaratkan ‘mulut sahaja tidak mahu, tetapi hati mahu’. Selamat membaca semua, jangan hanya baca tajuk pula. K Online

Sampah haram bisnes lumayan, kongsi gelap, gengster antara dalang


Sebaran :

Leave a Reply