Isu kalimah Allah: Pengulangan Council of Nicea?
Tidakkah kita berasa sedih jika ada nama Allah didalam kitab yang diselewengkan?
ALLAH menyifatkan sikap dilaknat Yahudi dengan مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ” mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar”.
2. Sepertimana sejarah Kristian yang jelas mengubah maksud Tuhan di dalam Council of Nicea seterusnya membina konsep Triniti, perkara sama sedang berlaku atas keputusan mahkamah.
3. Cuma bezanya keputusan Council of Nicea dilakukan di Negara Pagan Rom, dan keputusan kali ini di Negara ‘Islam’ Malaysia, di tangan hakim beragama Islam, dan bukan di tangan Constantine yang dibaptis ketika meninggal dunia.
4. Apakah kesan perubahan ini? Strategi thaghut (musuh Islam) seperti “kontekstualasi” dan “semantic infiltration” adalah pengembangan sifat Yahudi, yang mencairkan keimanan kepada kebenaran dengan mengubah maksud bagi perkataan-perkataan tertentu.
5. Serangan terhadap Islam cukup dahsyat dalam konteks ini, contohnya pasca 11 September 2001, maka perkataan “Jihad” yang mempunyai nilai perjuangan yang tinggi, dari membina hati yang kental, sehingga mengorbankan jiwa untuk negara dan agama, ditukar menjadi naratif “terorism”, akhirnya generasi menjadi hilang kefahaman dan keinginan berjihad.
6. Walaupun hati yang sanggup berkorban jiwa untuk negara adalah sesuatu yang terpuji, maka lahirlah generasi yang hanya pandai “menyedut seperti parasit” meminta gaji tinggi itu dan ini, namun tidak mengerti erti pengorbanan kepada keluarga mahupun negara.
Ahli Parlimen bertindak sesuka hati, Demokrasi, kualiti kepimpinan merosot – Tok Mat
7. Perkataan Allah pula cuba diletakkan sebagai “terjemahan bahasa” kepada Tuhan, seolah semua “tuhan” boleh menggunakan perkataan Allah, walaupun Allah adalah bahasa arab, tiba-tiba mereka yang begitu anti dengan bahasa arab ingin menggunakan bahasa arab. Hipokrasi kemunafikan kristianisasi yang cukup jelas.
8. Tujuan akhir pencipta nafsu kesesatan ini sama, iaitu ingin menghilangkan tuhan sebenar (Allah) di dalam kehidupan manusia, dengan menganggap seolah-olah Tuhan boleh dibuat main, nak ubah-ubah sesuka hati, nak guna sesuka hati, nak ikut sesuka hati, nak buang sesuka hati.
9. Sedangkan kita diajar sejak kecil, tulisan nama Allah dijaga dengan penuh beradab; diletakkan di atas melebihi para berjalan, tidak dilangkah, tidak dipijak, tidak dibawa masuk ke tandas, tidak ditulis sesuka hati, malah dilupuskan melalui tatacara patuh syarak… tidakkah kita berasa sedih dan sensitif andai diletakkan di dalam sebuah kitab yang telah diselewengkan?
Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian
Naib Pengerusi Majlis Ulama Islam ISMA (MUIS)