32 pegawai ditahan dalam operasi JPJ-SPRM terhadap sindiket lori
PUTRAJAYA: Seramai 32 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan dalam operasi bersama JPJ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap sindiket melindungi pemandu lori yang membawa muatan berlebihan.
Mereka antara 44 individu dipercayai terbabit dalam sindiket itu yang ditahan dalam Ops Sukat.
Menurut laporan Berita Harian, tangkapan berlaku di Perlis, Kedah (8 pegawai JPJ), Pulau Pinang (9 pegawai JPJ), Perak (8 pegawai JPJ), dan Melaka (7 pegawai JPJ).
“Pegawai JPJ berkenaan membabitkan pelbagai gred jawatan termasuk pegawai kanan, manakala orang awam pula berperanan sebagai proksi,” katanya.
SPRM tahan 7 kakitangan JPJ Johor dipercayai manipulasi cukai jalan RM3.1 juta
Menurut laporan itu, mereka dipercayai menerima kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan, dengan nilai keseluruhan membabitkan kira-kira RM1.64 juta.
“Perbuatan ini dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2020,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata operasi bersama itu usaha meningkatkan integriti JPJ.
“SPRM tidak menolak kemungkinan ada beberapa tangkapan lagi,” katanya.
You must be logged in to post a comment.