[VIDEO] Andai Kata Nabila Razali Tak ‘Terkucil’, Memang Sedap! Komposer Kongsi Video ‘Rehearsal’ AJL35… Ramai Puji

Biarpun pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun berakhir dua hari lalu, namun kisah yang terjadi sepanjang acara tersebut masih menjadi bualan hangat peminat.

Sudah tentu kejadian yang menimpa penyanyi Nabila Razali apabil terkucil ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua sehingga membuatkan namanya trending dalam media sosial.

Bagaimanapun, komposer lagu berkenaan iaitu MFMF menerusi Instagram mereka berkongsi beberapa sedutan video memaparkan momen penyanyi itu menyanyikan lagu Peluang Kedua ketika sesi rakaman, ‘soundcheck’ dan raptai sebelum bermulanya AJL.

Dalam video tersebut, kelihatan Nabila selesa menyanyikan lagu tersebut tanpa mengalami sebarang masalah terkucil seperti yang berlaku pada malam nal AJL35 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu.

MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen turut menyatakan perasaan bangga dengan hasil usaha yang dilakukan Nabila menerusi karya lagu ciptaan mereka.

MFMF secara peribadi sangat berbangga dengan apa yang telah diberikan Nabila pada malam persembahan meskipun dia dikecam teruk kerana gagal menyampaikan lagunya dengan baik.

“Tahniah Nabila, kami sangat berbangga dengan awak. Kami selalu berbangga dan teruja dengan semangat tinggi yang ditunjukkan awak ketika berdepan cabaran.

“Tiada siapa tahu beban yang ada pernah dan sedang tanggung. Biarpun begitu, di sebalik kecaman yang diterima, awak masih mampu menyampaikan sebuah persembahan yang cantik dan menyentuh jiwa,” tulisnya.

Pada masa sama, MFMF turut meluahkan rasa bangga kerana berpeluang bekerjasama dengan penyanyi itu dan juga komposer bersama, Hael Husaini.

“Hanya kami yang tahu kerja keras yang awak lakukan untuk sampai ke tahap ini dan kami berbangga dapat melaluinya bersama awak dan Hael. Jadi, jomlah bekerjasama untuk projek seterusnya?” katanya lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata pengguna Instagram memuji nyanyian Nabila ketika sesi latihan dan meminta MFMF berkongsi video penuh.

Peminat menyifatkan penyanyi itu sudah melakukan yang terbaik, namun nyanyiannya tergelincir kerana terlalu gementar

Peluang Kedua merupakan ciptaan bersama MFMF dan komposer serta penyanyi, Hael Husaini.

Sementara itu MFMF turut menyatakan kesudian mereka untuk terus bekerjasama dengan Nabila dan Hael di masa akan datang.

“Kami tahu kerja keras yang anda lakukan di sepanjang perjalanan ini dan kami sangat berbesar hati agar kita bekerjasama lagi di masa hadapan. Jom?” ujarnya.

Menerusi pemerhatian di ruang komen, rata-rata netizen memuji kualiti vokal Nabila ketika sesi raptai dan berpendapat penyanyi itu tidak dapat mengawal gemuruh pada malam final.

“Dia menyanyikan lagu ini dengan sangat merdu sekali.

“Nabila okey sangat nampak dia nervous tapi tak mengapa awak tetap cantik.

“Tolong siarkan video penuh sesi raptai ini,” tulis netizen.

Nabila antara 12 finalis berentap di pentas AJL35 yang berlangsung tanpa penonton.

Setiap persembahan nalis AJL 35 dinilai oleh 10 juri profesional tanah air yang ketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.-mSTAR

AJL35: Tiada lagi peluang ketiga buat Nabila – Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker