Tekan tubi 100 kali sehari sepanjang Ramadan demi arwah bapa

LONDON – Seorang pemuda berusia 36 tahun, Asif Saleem berusaha untuk melakukan 100 tekan tubi setiap hari sepanjang bulan Ramadan tahun ini, lapor portal berita Metro.co.uk semalam.
Akauntan bertauliah dari Newcastle itu berusaha untuk melakukan 100 tekan tubi setiap hari semasa bagi memperingati arwah bapanya yang gemar terlibat dengan kerja kebajikan semasa hidupnya.
Asif kehilangan bapanya, Mohammed Saleem, akibat pendarahan otak pada Oktober 2021 dan kini dia berharap dapat menyelesaikan cabaran tersebut untuk mengumpul dana bagi membina telaga di Kenya iaitu negara tempat bapanya dilahirkan.
Setakat ini, dia masih belum terlepas daripada sasaran hariannya itu.
“Lengan saya terasa seperti jeli pada minggu pertama tetapi saya kini agak biasa melakukannya. Cabaran ini sukar dan meletihkan kerana saya melakukan tekan tubi sebelum berbuka puasa.
Bagaimanapun, apabila saya ingat kembali mengapa saya melakukannya, ia memberikan saya motivasi untuk meneruskan usaha ini,” kata Asif kepada portal berita tersebut.
Asif menyediakan halaman GoFundMe dan telah mengumpulkan hampir £800 (RM4,358) daripada sasaran £1,000 (RM5,447) setakat ini. Dia menerima banyak sokongan daripada keluarganya termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Aliza.- Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isteri ND Lala fail cerai
- Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja
- Diana Danielle : Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak?
- Pulanglah Zalina
- Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
- Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
- Karipap berkulat, Vendor mengaku kitar semula karipap tak laku
- Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru
- Pengantin perempuan buat kecoh mahu berkahwin lain di balai polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
You must be logged in to post a comment.