Setiausaha sulit kanan menteri Tok Pa cedera kereta langgar objek besi tengah jalan

Setiausaha sulit kanan (SUSK) seorang menteri cedera selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 14.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Damansara di sini, tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata kereta lelaki yang berusia 47 tahun itu dipercayai terlanggar objek besi di tengah jalan sebelum terbabas lalu merempuh penghadang di kiri jalan.

Difahamkan mangsa adalah SUSK Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.



“Objek besi tersebut berkemungkinan terjatuh daripada lori yang melalui jalan tersebut kerana di sekitarnya tiada kerja pembinaan sedang dijalankan pada waktu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Ara Damansara Specialist Hospital dan disahkan mengalami kecederaan patah tulang hidung dan pipi.

Katanya, kereta mangsa mengalami pelbagai kerosakan pada bahagian hadapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

OBJEK dipercayai besi yang berada di atas lebuh raya. FOTO Ihsan Polis.

“Orang ramai yang melihat atau mengetahui tentang kejadian, sila hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya 03-79662176,” katanya.



Setiausaha sulit Hajiji meninggal dunia akibat Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker