Sokong langkah berani Ahmad Zahid

SAUDARA PENGARANG,

LANGKAH berani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat rasmi menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 26 Februari lalu adalah bagi menyahut kata dua Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata dua itu diberikan 16 Februari lalu ketika kedua-duanya bermesyuarat dengan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Surat tersebut dihantar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Janda Baik, Pahang yang sebulat suara menolak kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15).

Dalam surat tersebut terkandung sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) sehingga PRU-15 sahaja.

Turut dinyatakan, UMNO kemudian akan bertanding sendiri di bawah tiket Barisan Nasional (BN) bersama parti komponennya iaitu MIC dan MCA.

Hairan kepada kerajaan tak berani sentuh golongan kaya, pemilik bank’ – Anwar Ibrahim



Terdapat beberapa pihak yang membuat andaian, langkah Ahmad Zahid itu sengaja membiarkan undi Melayu berpecah bagi memberikan lebih peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Bagi saya, langkah Ahmad Zahid itu akan menyebabkan kerajaan PN yang masyhur dengan laungan ‘kerajaan Melayu Islam’ yang disokong padu Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan tidak lagi relevan.

Strategi PN untuk menyisihkan majoriti pengundi Cina yang menyokong DAP akan menyebabkan gabungan parti itu tidak akan mendapat sokongan kaum tersebut.



Saya percaya kerajaan PN pimpinan Bersatu pasti akan tumbang tanpa perlu ada PRU-15 sekiranya UMNO/BN mendapat sokongan padu daripada Pakatan Harapan(PH) serta Parti Warisan Sabah (Warisan).

Insya-Allah akan menjadi realiti penubuhan kerajaan baharu BN-Plus yang bakal diterajui oleh UMNO/BN sebagai sebuah kerajaan bertunjangkan 22.2 juta Melayu Islam di negara ini.

MELAYU MALAYSIA
Kuala Lumpur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker