Setiausaha sulit Hajiji meninggal dunia akibat Covid-19

Share

Setiausaha sulit Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dilaporkan meninggal dunia semalam disyaki akibat jangkitan koronavirus (Covid-19).

Noorzain Tawi, 60, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.40 tengah hari di Hospital Queen Elizabeth di sini dan dikebumikan di Kampung Serusup, Tuaran hari ini.

Majlis pengebumian turut dihadiri Hajiji sendiri bagaimanapun dalam suasana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Hajiji hadir ke majlis pengebumian Allahyarham Noorzain di Kampung Serusup, Tuaran hari ini.
Sepasukan petugas lengkap dengan pakaian pelindung diri (PPE) dilihat menguruskan jenazah Allahyarham sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Difahamkan, Allahyarham sepatutnya mengangkat sumpah sebagai setiausaha sulit khas Hajiji.

Sebelum ini, Hajiji dan isterinya, Datin Seri Julia Salag turut dijangkiti Covid-19, namun disahkan pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital pada 18 Oktober lalu. Sinar

SAH: Ketua Menteri Sabah Hajiji positif Covid-19, kini di hospital

Leave a Reply