UMNO mahu ambil semula kawasan, tidak perlu rundingan

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan ajakan supaya UMNO kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi antara punca keretakan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN)

Menurutnya, UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan milik mereka.

“Pendirian UMNO ialah mengambil semula semua kawasan lompat itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.



Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan Sinar Harian bahawa Perikatan Nasional (PN) mengajak UMNO untuk kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi salah satu punca keretakan dalam kerjasama parti tersebut.

Menurut Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, UMNO tidak seharusnya memusnahkan kerjasama yang dibina bersama sejak setahun lalu.

Mengulas lanjut, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, tidak ada sesiapa yang mahu memusnahkan kerajaan PN.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya UMNO mahu memusnahkan kerajaan PN. Tidak ada tujuan kita untuk memusnahkan. Itu sebab kita kata (sebelum ini) UMNO akan sokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan,” tegasnya.



Menurutnya, keputusan UMNO itu juga bukannya secara suka-suka.

“Kita buat keputusan nak jaga parti kita. Apabila parti kita terjaga, baru kita boleh berkhidmat kepada rakyat. Kalau parti kita hancur, kita nak berkhidmat bagaimana? Sekarang ini, apa yang berlaku silap hari bulan, UMNO yang akan hancur,” katanya.

Dakwa Tajuddin, terdapat juga pihak yang mahu menghancurkan UMNO di peringkat akar umbi dan atasan dengan menarik ahli meninggalkan parti berkenaan.-SH

Tiba masa UMNO buat pemilihan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker