“Saya Bukan Kutuk..Saya Pun Peminat Lagu Tu…” – Hafiz Hamidun Nafi Perli Persembahan Nabila Razali
Susulan daripada persembahan Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali di pentas AJL35 semalam dilihat kurang memuaskan telah dapat pelbagai respon. Pelbagai respon yang diterima apatah lagi melihat Nabila telah mencuba sebaik mungkin di pentas AJL35.
Walau bagaimanapun, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengundang kecaman apabila memuat naik status di laman Twitter seolah menghentam persembahan Nabila Razali. Bagaimanapun, status berkenaan telah diturunkannya.
Perlu menghormati orang
Rakan artis termasuk Dato Fazley Yaakob kelihatan sempat menangkap layar status Hafiz Hamidun dan berkongsi di laman Twitter. Status Hafiz Hamidun itu memberi bayangan ditujukan kepada salah seorang finalis AJL35 yang membuat persembahan.
Chef selebriti itu berpendapat sebagai manausia kita juga perlu menghormati orang lain dan diberi peluang untuk seseorang itu terus belajar berkali-kali.
Peluang Kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan.
AJL35: Tiada lagi peluang ketiga buat Nabila – Netizen
Pujian dari rakan artis
Sementara itu, turut kelihatan juga rakan artis seperti pelakon Mira Filzah memuji keberanian terhadap persembahan Nabila Razali. Begitu juga, penyanyi Haqiem Rusli menerusi perkongsian di laman Twitter hanya kelihatan memuat naik status ringkas ‘Stop cyber bully’.
‘Biarlah mereka nak mengecam’
Ekoran itu, Hafiz Hamidun menerusi laporan Gempak tampil memberi respon status yang dianggap memberi sindiran terhadap penyanyi wanita itu.
Biarlah kalau mereka nak mengecam saya. Saya bukan kutvuk tapi itu pandangan peribadi sebagai peminat lagu itu. Bayangkan, lagu yang satu Malaysia suka tapi tidak kesampaian, itu saja. Tetapi ciapan saya itu buat peminat Nabila marah.
Its okay, saya tidak berkecil hati pun. Saya sentiasa support rakan-rakan seangkatan dalam industri.
“Maaf andai terluka, maafku tak sengaja” – Hafiz Hamidun
Begitulah komen penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun apabila diminta mengulas berhubung ciapan yang dimuat naiknya malam tadi menjurus kepada persembahan Nabila Razali yang ‘terkucil’ pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Hafiz menjelaskan, dia turut menghantar mesej peribadi kepada pelatun lagu Peluang Kedua itu selepas komen ringkasnya menjadi viral dalam media sosial.
“Saya ada menghantar mesej peribadi memohon maaf kepada Bella (Nabila) sekiranya dia tersinggung dengan komen saya dalam Twitter.
“Tiada niat untuk menghentam dia secara peribadi, sebaliknya komen berkenaan ditujukan berdasarkan persembahan Nabila yang menyampaikan lagu Peluang Kedua. Sebagai peminat lagu tersebut, saya rasa peluang yang diberikan kepadanya sudah dibazirkan.
“Terpulang kepada mana-mana pihak untuk membuat andaian terhadap komen saya. Memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan, saya memadam ciapan tersebut beberapa minit selepas itu,” kata Hafiz kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Sebagai salah seorang peminat lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berkenaan, Hafiz yang jarang bersuara tidak menyangka pendapat peribadinya mendapat reaksi banyak pihak.
Tegas Hafiz, ada segelintir pihak yang berpendapat dia sebagai selebriti agama tidak seharusnya bersuara dalam media sosial.
Malah, ada juga yang keliru antara dirinya dengan penyanyi Hafiz Suip.
“Sekiranya ingin menyokong perkembangan industri, tidak semestinya kita bercakap yang baik-baik saja. Saya hanya berpendapat Bella sebenarnya boleh memberikan yang lebih baik daripada persembahan malam tadi, itu saja.
“Ada juga yang keliru dan mengaitkan persembahan seorang penyanyi bersama Adira, sedangkan individu dimaksudkan mereka itu ialah orang lain. Sejujurnya, saya minta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan komen saya,” kata Hafiz.
Semalam, komen Hafiz menjadi viral dan mengundang reaksi pelbagai pihak selepas memuat naik ciapan mengenai persembahan Nabila yang mendendangkan lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 malam tadi.
Sumber: Gempak, Twitter