Azmin punca kerosakan PKR – Syed Badli


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai watak ‘politikus terjahat’ di abad ini.

Naib Ketuanya, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, lantaran itu Azmin langsung tidak layak bercakap soal moral dengan menuding jari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu lompat parti.

Ini kerana, beliau adalah watak sebenar yang merosakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mempamerkan perilaku tidak bermoral.

Malah rancangan untuk merosakkan PKR telah disusun rapi oleh Azmin sejak sekian lama, katanya.



Beliau mendakwa, Azmin turut menyusun sayap pemuda dan wanita dengan meletakkan mereka yang tiada kreadibiliti sebagai calon pemilihan parti sehingga timbul perbalahan dalaman yang meruncing.

”Beliau (Azmin) juga mendesak presiden parti ketika itu untuk memilih orang-orang tertentu sebagai calon pilihan raya yang lalu. Akhirnya mereka yang dipilih telah berkhianat dan lompat parti.

”Azmin adalah punca kepada kerosakan yang berlaku di peringkat dalaman PKR,” dakwa Syed Badli sambil menyeru Azmin insaf dan bertaubat.

Katanya, usaha PKR untuk memperbaiki imej parti semakin berhasil apabila ramai watak-watak antagonis sekutu Azmin memilih untuk keluar dari PKR. MG



Azmin vs Anwar: Tiada lagi penawar mampu merubatnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker