Program Zuraida bukan Fun Ride, tiada kesalahan SOP

Program Zuraida Kamaruddin yang melibatkan aktiviti berbasikal di Taman Persekutuan Bukit Kiara pada hari Sabtu bukanlah “Fun Ride”, jelas Jabatan Landskap Negara (NLD).

Penjelasan itu hadir selepas warga maya mengecam menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu yang didakwa melanggar prosedir operasi standard (SOP) selepas dia berkongsi gambar-gambar aktiviti itu termasuk ketika pelepasan (flag off) di Facebook.

Acara tersebut dinamakan Program Malaysia Prihatin Norma Baharu Berekreasi.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam, Jabatan Landskap Negara menyatakan bahawa aktiviti berbasikal yang diadakan pada hari itu tidak dibuka kepada orang ramai dan bukan pertandingan.

“Pengunjung berbasikal adalah seramai 30 orang terdiri daripada kakitangan Jabatan Landskap Negara dan SWCORP. Pengunjung berbasikal juga turut menjalankan aktiviti ‘Plogging’ bersesuaian dengan peranan agensi dalam pembersihan awam.

Amaran polis kepada penunggang basikal di Putrajaya

“Selain itu juga, pengunjung berbasikal telah dipastikan kesihatannya melalui imbasan suhu sebelum memasuki taman tersebut. Pelepasan basikal ini adalah bertujuan untuk mempromosikan amalan berbasikal norma baharu dengan sentiasa memastikan penjarakan sosial, memastikan kebersihan diri dan tidak berkongsi peralatan serta sentiasa memastikan keselamatan ketika berbasikal,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, aktiviti senaman dengan penjarakan fizikal turut dilakukan. Ia juga mengambil maklum SOP am perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) iaitu aktiviti berkumpulan yang dilakukan secara setempat tanpa sentuhan fizikal dengan had kapasiti 50 peratus daripada kapasiti kawasan.

 

Tempoh untuk bersenam dan berkumpul juga dipendekkan bagi mengelakkan risiko jangkitan, katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengecam program itu, dengan mengatakan bahawa ketika menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengatakan bahawa tidak selamat untuk parlimen bersidang kerana sebilangan ahli parlimen adalah warga emas, ada ahli parlimen menganjurkan acara di tempat lain.

“Menteri undang-undang memberi alasan mengapa pertemuan di Parlimen tidak selamat bagi Ahli Parlimen yang warga emas tetapi menteri seperti ini menganggapnya sesuai untuk mengatur program besar di mana pegawai dan penjawat awam akan digerakkan untuk memastikan kejayaannya?” katanya.

Azizulhasni Awang kembali ke tahta No. 1 dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker