Pemain kami ‘bersembunyi’ – Mourinho

LONDON: Pengendali Tottenham, Jose Mourinho mendakwa pemainnya ‘bersembunyi’ dan mempersoalkan sama ada pengadil ‘kepenatan’ ketika pasukannya tewas 2-1 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Spurs beraksi jauh daripada keupayaan sebenar di Stadium Emirates biarpun berjaya mendahului menerusi gol rabona Erik Lamela pada minit ke-33.

Martin Odegaard meledak gol penyamaan tuan rumah seminit sebelum tamat babak pertama dan Davinson Sanchez kemudian dipersalahkan kerana menjatuhkan Alexandre Lacazette dalam kotak penalti.

Lacazette menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64 untuk jaringan kemenangan Arsenal.

Tottenham bertambah malang apabila Lamela kemudian dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua, 14 minit sebelum tamat permainan.

PEMAIN Arsenal meraikan jaringan Alexandre Lacazette (kanan).

Mourinho yang kehilangan Son Heung-min di awal permainan akibat kecederaan

hamstring kemudian mengeluarkan Gareth Bale dan Tanguy Ndombele.

“Tiada wawancara pasca perlawanan untuk pengadil? Itu kasihan.

“Kami bermain sangat buruk pada babak pertama. Pertahanan teruk, tiada intensiti atau tekanan. Beberapa pemain penting bersembunyi.

“Pada separuh masa kedua kami hanya ada ruang untuk diperbaiki dan kami telah melakukannya.

“Apa yang berlaku selepas itu bukan persoalan untuk kami, tetapi untuk dijawab oleh pengadil Michael Oliver,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker