Suami isteri warga emas disyaki langgar lari pemandu lori ditahan
Suami isteri warga emas disyaki langgar lari pemandu lori ditahan

KAJANG: Suami isteri warga emas ditahan polis selepas disyaki melanggar lari seorang pemandu lori di Bandar Teknologi Kajang di sini, Jumaat lalu.
Pasangan itu yang masing-masing berusia 73 dan 65 tahun ditahan pada 11.15 malam tadi.
“Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa anak lelakinya berusia 42 tahun dilanggar sebuah kenderaan sehingga menyebabkan mangsa cedera dan tidak boleh bergerak.
“Pengadu kemudian terus ke lokasi kejadian di kawasan berhampiran Bandar Teknologi Kajang dan membawa anak lelakinya ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Bertindak atas laporan, beliau berkata, sepasukan polis menjalankan siasatan mendapati terdapat satu rakaman video papan pemuka kenderaan awam yang merakam kejadian berkenaan.
Naazron berkata, rakaman memaparkan sebuah kenderaan dengan sengaja melanggar mangsa yang turun dari lori dipandunya sehingga diseret ke tengah pembahagi jalan sebelum kenderaan suspek beredar.
“Polis kemudian mengesan dan menahan suami isteri warga tempatan untuk membantu siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 atau mana-mana balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan.
Suami isteri warga emas disyaki langgar lari pemandu lori ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET