Netizen Rayu Ibu Hannah Delisha Henti ‘Hikayat’ #IbuTidakRestu, Berdamailah — MYKMU.NET

Netizen Rayu Ibu Hannah Delisha Henti ‘Hikayat’ #IbuTidakRestu, Berdamailah



Sebaran :

Ibu kepada pelakon Hannah Delisha sebelum ini sering berkongsi puisi dan video ceramah agama berkaitan dengan restu dari ibu bapa. Perkongsian tersebut dilihat bersertakan dengan penggunaan hashtag #IbuTidakRestu cetus persoalan dalam kalangan peminat mengenai masalah kekeluargaan pelakon itu.

Terbaru, wanita berkenaan sekali lagi memuat naik petikan hadis dalam memberi gambaran kepada restu seorang ibu. Walaubagaimanapun, pengguna media sosial menasihati ibu Hannah Delisha untuk henti memuat naik perkongsian sedemikian seolah memerli anaknya yang sudah mendirikan rumah tangga.

 

#IbuTidakRestu

Petikan dari Hikayat Antah Berantah sekali lagi dikongsikan melalui Instagram ibu kepada Hannah Delisha. Namun, kali ini perkongsian tersebut disertakan dengan penggunaan hashtag #IbuTidakRestu dan #IbuTidakTahu.



‘Tak habis-habis lagi ke?’

Sementara itu, di ruangan komen posting berkenaan rata-rata pengguna media sosial kelihatan sudah muak dengan perkongsian tersebut. Mereka menyifatkan tindakan sedemikian tidak seharusnya berlaku dengan mengaibkan anak sendiri secara umum di media sosial.

‘Benda boleh berbincang baik’

Netizen turut menasihati wanita berkenaan untuk berhenti menggunakan medium agama untuk membuktikan kesalahan kepada mana-mana individu. Tambah mereka, posting berkenaan tidak perlu kelihatan seolah berkias kepada seseorang. Bagaimanapun, netizen mengharapkan agar masalah di antara si ibu dan pelakon tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Kakcik Wujud



 


Sebaran :


Leave a Reply