DAP Perak mahu tanding 8 kerusi Parlimen, 20 DUN — MYKMU.NET

DAP Perak mahu tanding 8 kerusi Parlimen, 20 DUN



Sebaran :

IPOH: DAP Perak meluahkan hasrat untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) di negeri itu mengenai pengagihan kerusi tersebut bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan kerusi kelak.

“Saya dengan sukacita mencadangkan dan akan membincangkan dengan rakan-rakan kita dengan Asmuni dan Farhash supaya DAP diberikan ruang dan peluang untuk membantu PH memenangi semula DUN dan menuju ke Putrajaya.



“Kita mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan, tetapi demi menghormati rakan-rakan seperjuangan lain, saya cuba merayu dan memohon supaya Majlis Presiden PH merestui hasrat kita supaya dapat membantu kembali mengambil semula pimpinan kerajaan Malaysia,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-19 yang dirasmikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh.

Pada PRU14, DAP memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi parti tersebut, iaitu tujuh kerusi Parlimen dan 18 DUN.

Bagaimanapun, ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam, kedua-duanya dari DAP, keluar parti Mac lalu dan kini menyertai PPBM.




Sebaran :


Leave a Reply