Langkah PN didakwa ugut, tawar habuan MP lompat boleh cetus ketidakstabilan – Tian Chua


Dakwaan Perikatan Nasional menggunakan ugutan dan memujuk dengan menawarkan habuan untuk mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang boleh mencetuskan ketidakstabilan lebih lanjut, kata Naib Presiden PKR Tian Chua

Ini selepas Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar berpaling tadah daripada PKR hari ini, berkata langkahnya untuk memastikan kerajaan PN “tetap stabil”.

“Kerajaan yang bertahan dengan ‘langkah terdesak’ (grasping at straws) tidak akan berkekalan,” kata Chua pada catatan Facebooknya hari ini.

“Pemerintah PN berusaha untuk memperpanjang kejatuhannya yang tidak dapat dielakkan dengan memecah belah dan memecah lawan atau lawannya,” tambahnya.

Katanya, jika kerajaan PN benar-benar mahukan kestabilan, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu memanggil semua pihak untuk mengadakan perundingan inklusif mengenai bagaimana menghadapi krisis sosial dan ekonomi semasa.

“Semua kekuatan politik tanpa mengira fahaman ideologi mereka mempunyai tanggungjawab bersama dan setiap orang mesti menjadi sebahagian daripada pembangunan semula negara.

“PN tidak boleh memerintah sendirian dengan sekumpulan kecil (small clique) sambil menolak suara perwakilan majoriti,” dakwanya.

Chua berkata dia “sangat” sedih dengan keputusan Jayakumar melompat keluar PKR untuk menyokong PN.

Kedua pemimpin ini sebahagian pasukan kem Azmin Ali ketika pemilihan PKR lalu.

“Xavier seorang kawan dan penyokong kuat perjuangan reformasi. Dia salah seorang anggota pengasas (NGO) Adil dan pelopor PKR sejak dari hari pertama.

“Dia banyak berkorban dan mengabdikan hidupnya untuk gerakan ini. Selama lebih dari dua dekad, dia sebahagian kepimpinan yang membangun landasan kuat untuk parti (PKR).

“Tidak adil dengan semudahnya menuduh dia seorang pengkhianat,” katanya.

Jayakumar telah menyertai PKR sejak 1998 ketika parti itu digelar Parti Keadilan Nasional.

Bulan lalu, dilaporkan “kenalan keluarganya” MA Thinagaran dicekup SPRM.

Thinagaran didakwa disiasat berhubung projek kerajaan di Perak ketika era pentadbiran Pakatan Harapan. Mk

Tian Chua diam diri saja atas arahan disuruh letak jawatan dalam GLC oleh PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker