Tian Chua diam diri saja atas arahan disuruh letak jawatan dalam GLC oleh PKR

Tian Chua diam diri atas arahan letak jawatan dalam GLC, kata PKR

PKR belum mendapat jawapan daripada Naib Presidennya, Tian Chua yang diarah melepaskan jawatan pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Perkara berkenaan disahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, sudah 2 minggu surat arahan itu dikirimkan kepada bekas ahli Parlimen Batu itu.

“Surat itu sudah dihantar oleh saya kepada Tian Chua dan dia belum beri apa-apa jawapan kepada saya. Namun, tidak ada had masa diberikan, tetapi kita minta seberapa segera,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Ditanya jika ada desakan daripada PKR untuk Tian Chua segera memberi jawapan, Saifuddin berkata: “Tidak ada”.

Tian Chua dilantik sebagai pengerusi MPC oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 26 April 2019.

Saifuddin sebelum ini berkata, PKR mengarahkan Tian Chua meletakkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani Saifuddin pada 29 Jun lalu. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker