Masjid di Gombak Mohon Maaf Laung Azan Maghrib Tiga Minit Awal, Puasa Terbatal

GOMBAK: Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak di sini memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar pada Isnin lalu.

Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Kata Wan Nawawi, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat adalah terbatal pada hari tersebut.

“Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.-SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker