Remaja tikam bapa 20 kali, percaya mangsa reptilia jadian
ARIZONA: Seorang remaja ditahan polis Arizona selepas didakwa menikam bapanya sebanyak 20 kali dengan niat ingin membunuh kerana percaya mangsa seekor reptilia jadian.
Media tempatan melaporkan Isaiah Gentry didakwa melakukan serangan itu pada Mac tahun lepas, namun dia hanya ditahan setahun selepas kejadian.
Menurut portal berita AZ Central, Gentry ditahan pada 12 Februari semasa dia dipindahkan ke Pusat Kesihatan Valleywise dan didakwa dengan tuduhan cubaan membunuh serta serangan ke atas bapanya.
Stesen televisyen Fox 10 melaporkan, tertuduh mengaku cuba membunuh bapanya kerana percaya mangsa seekor reptilia jadian.
Dia dakwa memukul mangsa di kepala menggunakan sebuah patung batu sebelum menikam mangsa beberapa kali di bahagian perut, tangan, kaki, badan dan belakang.
Mangsa dilaporkan berjaya menyelamatkan diri ke rumah jiran.
Berdasarkan laporan hospital, mangsa terselamat kerana kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa.
Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$500,000 untuk kedua-dua pertuduhan serta menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes.
Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo
You must be logged in to post a comment.