Bekas menteri dari Sabah akan ikut jejak Dr Xavier, dakwa aktivis

Sebaran :


Selain Dr Xavier Jayakumar, seorang lagi bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan dijangka akan meninggalkan Pakatan Harapan, dakwa aktivis politik Kamaruzaman Yaacob.

“Dua orang bekas menteri akan meninggalkan PH. Dr Xavier telah membuktikannya. Seorang lagi dari Sabah.

“Tunggu. Hanya tunggu masa sesuai,” kata beliau dalam satu kumpulan Whatsapp Bicara Minda Nusantara (BMN), yang banyak mengumpulkan pengkaji politik di negara ini.

Menurut Kamaruzaman, bekas aktivis pelajar Universiti Malaya itu, mungkin jumlah yang akan beralih sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin melebihi 10 orang.



“Jangan terperanjat, mungkin jumlahnya melebihi 10 orang. Sudah dua orang. Tiga campur Xavier,” kata beliau dalam kumpulan itu.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti itu adalah Larry Sng dari Julau dan Stephen Choong dari Tebrau.

Menurut Kamaruzaman, bila terdapat 10 lebih MP mengalihkan sokongan kepada Muhyiddin, seorang pemimpin Umno akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Bila jawatan TPM diberikan kepada Umno, maka kerajaan PN Muhyiddin menjadi begitu kukuh.



“Saya percaya, Muhyiddin akan mendapatkan undi kepercayaan di Dewan Rakyat,” kata beliau lagi.

Dengan cara itu, katanya, Muhyiddin akan dapat mendiamkan mereka yang suka berkata kerajaan Muhyiddin sebagai kerajaan minoriti.

“Dengan itu dia dapat menjahit semua mulut yang mengatakan dia tiada majoriti,” katanya lagi.

Menurut beliau, apabila Muhyiddin mendapat sokongan antara 118 – 120 ahli parlimen, sokongan kepada PH akan tinggal sekitar 80 sahaja.



“(Ketika itu) Muhyiddin boleh teruskan kerajaan PN hingga habis penggal, sekiranya beliau ingin berbuat begitu,” kata beliau lagi.

SEJARAH SEBELUM MELOMPAT

Tekanan terhadap Dr Xavier agar melompat parti meninggalkan PH bermula sejak 17 Februari 2021 lagi apabila media melaporkan SPRM menyiasat bekas pegawai khas menteri serta merampas wang tunai berjumlah RM1.2 juta di rumah dan pejabat. Menteri yang dikaitkan ialah Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Tenaga.

Pada 24 Februari 2021, SPRM tidak menafikan bahawa Xavier Jayakumar juga turut disiasat.

Dan pada hari ini, 13 Mac 2021 Xavier mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti serta seterusnya isytihar menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Selain faktor menarik yang berupa ugutan dan tawaran, ada juga faktor menolak dari dalam PKR sendiri apabila Xevier dikatakan pengikut Datuk Seri Azmin Ali yang dinamakan ‘Geng Kartel’. MD


Sebaran :

Leave a Reply