Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo

Reptilia itu juga dilapor telah “mengoyakkan beberapa bahagian tubuh mangsa” sebelum mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dengan menaiki bot laju.

JAKARTA: Seorang pekerja dilaporkan parah selepas diserang seekor biawak komodo di sebuah resort baharu yang bakal menjadi tarikan di Indonesia.

Menurut laporan portal nzherald.co.nz, Elias Agas, 46, sedang bekerja di resort ‘Jurassic Park’ yang kini masih dalam pembinaan di Pulau Rinca.



Menurut saksi kejadian, biawak itu hanya beberapa kaki dari mangsa sebelum ia mula menyerang.

Reptilia itu dilapor mengoyak-mengoyakkan beberapa beberapa bahagian tubuh mangsa sebelum lelaki itu berjaya diselamatkan.

Mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke hospital menaiki bot laju.

Sebelum ini, resort berkenaan mencetuskan kontroversi apabila membuka satu habitat khusus bagi 1,000 hingga 3,000 populasi biawak komodo yang masih wujud di dunia di pulau tersebut.



Biawak komodo, reptilia terbesar di dunia, boleh membesar sepanjang 3 meter dan mencapai berat sehingga 90 kilogram.

Gigitan dari reptilia itu boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat.

Pada tahun lalu, perdebatan timbul bagi melarang pelancong mengunjungi pulau itu dalam usaha melindungi spesies tersebut.

Namun kerajaan Indonesia bertegas meneruskan projek berkenaan dengan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengawal jumlah pengunjung dengan menaikkan harga tiket.



#Indonesia#maut#kerajaan#mangsa#serangan#pelancong#bot#Jurassic Park#Komodo#biawak#serang#lelaki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker