Zul Ariffin hadiahkan Gayatri kereta mewah

Zul Ariffin hadiahkan Gayatri kereta mewah

“Tiada kata yang dapat mengungkapkan perasaan ketika ini. Ini hanya berlaku sekali seumur hidup.

“Saya sama sekali tidak menduga akan menerima hadiah ‘sweet’ dan hebat sebegini”.

Demikian luahan penghargaan yang dibuat oleh penerbit popular, Gayatri Su-Lin kepada pelakon kacak Zul Ariffin dengan hadiah kereta mewah sempena ulang tahunnya.

Penerbit filem berusia 46 tahun itu memuat naik video penghargaan dalam bentuk video yang dikongsikan di Tik Tok.

Gayatri dalam keterujaan tidak menyangka dengan hadiah kereta mewah yang diberikan oleh sahabat baiknya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan industri dan warganet membanjiri komen dengan ucapan tahniah dan emoji berbentuk hati.

Menerusi video tersebut, berkemungkinan Zul Ariffin menghadiahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover.

Sebelum ini, Zul Ariffin dan Gayatri dilaporkan pernah bercinta sejak 2012, namun hubungan mereka berakhir selepas tiga tahun. HM

Zul Ariffin hadiahkan Gayatri kereta mewah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker