Pencipta kaset audio, Lou Ottens meninggal dunia pada usia 94 tahun

AMSTERDAM : Pencipta kaset audio, Lou Ottens meninggal dunia pada usia 94 tahun di kediamannya di Duizel, Belanda pada Sabtu.

AP dalam laporannya memaklumkan perkara itu disahkan oleh syarikat Philips.

Mendiang merupakan seorang jurutera terlatih dari sebuah institusi berprestij di Delft Technical University menyertai Philips pada 1952 dan kemudian dilantik mengetuai jabatan pembangunan.

Philips juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan audio digital cakera padat (CD) yang diinovasikan oleh mendiang dan kumpulan.

Matlamatnya amat jelas dari awal, mahu mencipta pita kaset yang memudahkan penggunaannya dan bersifat mudah alih ke mana-mana sahaja.

“Kini setiap orang boleh memasukkan ‘muzik’ ke dalam poket mereka,” kata Ottens dalam satu temuramah sebelum ini.

Hasil ciptaan Ottens itu dianggap sebagai ikon terbesar yang melonjak industri muzik.

Sejak ciptaan pertama diperkenalkan pada 1962, lebih daripada 100 bilion kaset dijual di seluruh dunia sebelum kemunculan era cakera padat (CD), yang juga dihasilkan oleh mendiang.

Selepas era kaset berakhir, teknologi CD yang dibangunkan Ottens direkodkan terjual sehingga lebih 200 bilion.

Bagaimanapun Ottens bersara pada 1982, iaitu empat tahun selepas pengenalan pemain cakera padat secara meluas di seluruh dunia.

Sementara itu, Pengarah Muzium Philip, Coolen memberitahu, mendiang cukup gemar akan inovasi dan teknologi.

“Setiap kali berbicara (mengenai teknologi), matanya seolah-olah bersinar,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker