Tak adil label Xavier pengkhianat, kata Tian Chua

Naib Presiden PKR, Tian Chua “sangat sedih” dengan peletakan jawatan rakan seperjuangannya, Xavier Jayakumar dari parti itu.

Dalam catatan di Facebook, Tian Chua mengakui Ahli Parlimen Kuala Langat itu adalah perintis PKR yang “banyak berkorban dan mengabdikan hidupnya” ke arah perjuangan reformasi.

“Selama lebih dua dekad, beliau sebahagian daripada pasukan kepimpinan yang membangunkan asas kukuh untuk parti. Tidak adil untuk menuduhnya sebagai pengkhianat,” kata bekas Ahli Parlimen Batu itu.



Beliau juga mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) berusaha kekal berkuasa dengan memecahbelahkan pesaingnya, tetapi katanya, kaedah “ugutan atau tarikan” hanya akan menyebabkan lebih banyak ketidakstabilan politik.

Sebaliknya, beliau menyarankan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memanggil semua parti politik untuk mengadakan “satu rundingan inklusif” kerana semua pihak mesti menjadi sebahagian daripada proses membangunkan semula negara.

“PN tidak boleh memerintah dengan kumpulan kecil sambil menolak suara majoriti. Kestabilan politik hanya dapat dicapai melalui perpaduan nasional.

“Ketika ini, kuasa mutlak dipegang kumpulan tiada mandat. Kita harus bersatu untuk menolak politik perpecahan.”



Terdahulu, Xavier mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden dan ahli PKR, serta akan terus berkhidmat di kawasannya Parlimen dan menyokong kerajaan sedia ada sebagai Ahli Parlimen bebas.

Pengundurannya menyusul Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong, yang meninggalkan parti itu bulan lalu serta menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa seorang “menteri kanan” menghubungi Xavier untuk memberitahunya menyokong PN atau menghadapi akibat yang serius.

Katanya, Xavier baru-baru ini menemui pimpinan PKR (dan) memaklumkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadikannya beliau “sasaran” siasatan, selepas menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalannya berkait satu kes yang sedang berjalan.-FMT



PKR: Tindakan Xavier keluar parti timbulkan tanda tanya – Saifuddin Nasution

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker