[VIDEO] Kerja Bodo Demi ‘Content’..Dah Elok Sado, Pergi Buat Implan Payudara Pula! Influencer Ini Tak Malu Malah Bangga

Demi meraih perhatian, model lelaki dan personaliti media sosial dari Columbia, Yeferson Cossio sanggup menjalani prosedur memasukkan implan payudara

Lelaki bertatu ini menunjukkan implan payudara setelah dicabar untuk mendapatkan 3 juta pengikut di akaun Instagramnya.

Dipetik dari Dailystar, Influencer media sosial, Yeferson Cossio, dari Colombia itu dicabar oleh adik iparnya Jhoan Lopez untuk melakukan implan payudara jika dia mencapai tiga juta pengikut di Instagram. Ternyata dia berjaya dan sudah mencecah 3.5 juta pengikut.



Dia memenangi pertaruhan dan mereka berdua memutuskan untuk menjalani pembedahan implan payudara “hanya untuk suka-suka”.

Video yang dikongsi di akaun Instagramnya menunjukkan kedua-dua influencer bertatu itu berada di sebuah pusat perubatan untuk pembedahan implan. Klik foto untuk terus ke video di Instagram @YefersonCossio.

VIDEO DIBAWAH:-

https://www.instagram.com/p/CL5At6NHj5B/



Doktor memasukkan dua implan gel silikon ke dalam payudaranya dan menjahitnya.

Dalam klip lain, dia menggoda peminatnya dan memakai bra merah jambu sebelum mendedahkan dada barunya.

“SEJUJURNYA, SAYA RASA INI BOLEH MENJADI IDEA YANG MENARIK, BAYANGKAN KETIKA SAYA TUA DAN SAYA AKAN DAPAT MEMBERITAHU ORANG BAHAWA ‘SUATU KETIKA SAYA TEWAS DENGAN TARUHAN DAN MEMBUAT IMPLAN PAYUDARA YANG SANGAT BESAR’,” TULIS COSSIO MEMBERITAHU PENGIKUT. SEBELUM MENJALANI PEMBEDAHAN.

“SAYA TIDAK BIMBANG. SAYA TELAH BERCAKAP DENGAN @EQUIPOMURCIA (DOKTOR PEMBEDAHAN) DAN MEREKA MENJELASKAN BAGAIMANA KITA BOLEH MELAKUKAN PROSEDUR INI TANPA MEROSAKKAN OTOT DADA SAYA,” JELASNYA.



Walaubagaimanapun ada yang meluahkan rasa kecewa dengan video yang dirakam. Ada Malah ada yang menilai video tersebut sebagai “merendahkan maruah” bagi wanita.

Klip tersebut telah mengumpulkan lebih dari 21,000 komen dan penonton memberi reaksi berbaga-bagai dengan ketawa dan kejutan.

Menurut Cossio, dia memakai implan silikon itu selama tiga hari dan kemudian menjalani satu lagi prosedur untuk mengeluarkannya.



Implan itu meninggalkan parut yang sangat kecil pada tubuhnya yang dipenuhi dengan tatu sehingga kesannya hampir tidak kelihatan.

Menerusi perkongsian gambar di IG, Cossio dan Lopez dilihat memuat naik gambar memakai baju dalam.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu mengeluarkan implan itu beberapa hari selepas menjalani pembedahan berkenaan.-HM

5 Artis Bollywood Yang Melakukan Pembedahan Payudara Untuk Kekal Cantik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker