JAIS, polis terus kerjasama kesan Sajat


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, berkata berikutan kuasa yang terhad pihaknya dan JAIS memerlukan bantuan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah, termasuk waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dikeluarkan Februari lalu.

“Saya difahamkan, sudah ada perbincangan antara JAIS dan polis, justeru MAIS menyerahkan perkara ini kepada kedua-dua pihak terbabit untuk pelaksanaan perintah mahkamah.

“Buat masa ini, JAIS masih mengesan Muhammad Sajjad dan oleh kerana bidang kuasa yang terhad, bantuan polis diperlukan.

“Bantuan bukan saja dalam kes Muhammad Sajjad, bahkan banyak kes syariah sebelum ini kita laksanakan dengan bantuan polis, terutama membabitkan perintah mahkamah,” katanya ketika ditanya perkembangan terbaru kes berkaitan usahawan kosmetik itu.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Sumber memberitahu, Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Nur Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan JAIS.

Menurut sumber lain, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Nur Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang. BH

Sajat isytihar keluar Islam?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker