Sajat isytihar keluar Islam?


KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang kini menghilangkan diri membuat kejutan apabila mengaku tidak mahu menjadi seorang muslim.

Pengumuman itu menerusi satu video berdurasi seminit lebih yang tersebar dan memaparkan dirinya mengaku sudah tidak mahu menjadi orang Islam.
Menerusi video baharu yang tular itu, Muhammad Sajjad turut bersumpah demi namanya, ayah dan ibunya untuk tidak lagi menjadi orang Islam.
“Lepas JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Saya sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak jadi orang Islam.
“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” katanya menerusi video tersebut.

Untuk rekod, polis kini sedang dalam usaha untuk mengesannya selepas JAIS membuat laporan polis.



Sebelum itu, JAIS pada 27 Februari lalu telah membuat serbuan ke rumah Muhammad Sajjad namun gagal menemukan usahawan tersebut yang disyaki bersembynyi di tempat lain.

https://youtu.be/0fVtPgelDts

Serbuan dibuat JAIS itu juga susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Sementara itu, ini bukanlah kali pertama Muhammad Sajjad. membuat pengakuan untuk tidak lagi bergelar seorang Muslim.



Malah, sebelum ini dia pernah memberitahu ingin keluar dari Islam selepas videonya memakai bikini dan menampakkan pinggulnya telah dikecam netizen. MG

JAWAB DAKWAAN – JAIS SAH SIASAT SAJAT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker