JAWAB DAKWAAN – JAIS SAH SIASAT SAJAT

Terkini di My KMU !!!!---->

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mengesahkan pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman baru-baru ini. Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995.

“Ia berikutan tindakannya di Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuan beliau (Sajat) pada tahun 2018 dan 2020,”

“Sajat telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut. Pegawai penguat kuasa JAIS berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan mengenai laporan yang dibuat,” kata mereka dalam satu kenyataan selepas jutawan kosmetik itu, memuat naik satu video rakaman ketika dia disiasat JAIS baru-baru ini.

Video tersebut menjadi tular dan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Klik untuk gambar besar

Menurut JAIS, pihaknya mengambil maklum berhubung video ditularkan oleh Nur Sajat yang dirakam ketika proses siasatan dilakukan.

Kata mereka, video terbabit memaparkan insiden melibatkan Sajat dengan beberapa anggota penguat kuasa JAIS pada 6 Januari lalu.

Dakwa Sajat, beliau dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Leave a Reply