Gol lewat minit Sherman kecewakan ‘Klopp’

GEORGETOWN: Jaringan Kpah Sherman empat minit sebelum tamat perlawanan memastikan Kedah Darul Aman (KDA) pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata selepas mengikat pendatang baharu Liga Super, Pulau Pinang 1-1 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Pulau Pinang sudah di ambang untuk melakar kemenangan kedua musim ini apabila pemain import dari Brazil, Ednrick meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-11.

SKuad bimbingan ‘Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha memperoleh peluang terbaik untuk menjadikan kedudukan 2-0, namun sepakan pemain muda skuad kebangsaan Tajikistan, Sheriddin Boboev pada minit ke-24 ditampan kemas penjaga gol Kedah, Mohd. Shahril Sa’ari.

Kedah yang dibimbing Aidil Sharin Sahak ternyata enggan menyerah kalah dan cuba melakukan beberapa jaringan ke gawang tuan rumah namun dikawal rapat penjaga gol Penang FC, Samuel Somerville.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

‘Speaker mana boleh rampas Dewan Rakyat’, kata pembangkang

Memasuki babak kedua, Kedah mula mendapat rentak perlawanan dengan melakukan beberapa asakan dan berjaya mengoncang benteng skuad Harimau Kumbang.

Peluang Pulau Pinang menambah jaringan hadir pada minit ke-72 menerusi rembatan dekat pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley, namun percubaannya gagal menjengah gawang.

Kedah yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Sabah, Selasa lalu meleburkan hasrat Pulau Pinang untuk meraih kemenangan selepas tendangan Sherman gagal diselamatkan Somerville.

Juara Liga Perdana musim lalu, Pulau Pinang yang tewas 0-2 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selasa lalu akan menerima kunjungan UiTM FC Stadium Bandaraya, Selasa depan, manakala Kedah bertemu Petaling Jaya City pada Rabu.

 

Memandu dalam keadaan mabuk catat kesalahan tertinggi pada malam tahun baru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker