Malaysia ‘tunggu aku pulang’

PETALING JAYA: Selepas tujuh bulan berkelana di Belgium, penyerang remaja negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya akan kembali ke Malaysia buat kali pertama selepas menerima panggilan skuad bola sepak kebangsaan.

Menurut Facebook rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk hari ini, pemain yang baru meraikan ulang tahun ke-19 pada 5 Mac lalu itu mendapat panggilan skuad senior buat kali pertama dan akan berangkat pulang ke tanah air hari ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum ini mengesahkan, Luqman akan dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan yang bermula dari 22 hingga 30 Mac dalam persiapan menghadapi baki Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun ini.

Selain Luqman, yang berangkat ke Belgium pada Ogos, 2020, Cheng Hoe turut memanggil pemain naturalisasi baharu Malaysia buat kali pertama, Guilherme De Paula, manakala  situasi Liridon Krasniqi yang kini dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada kelab Austalia, Newcastle Jets perlu dipantau.

Malaysia akan mengharungi baki tiga perlawanan Kumpulan G di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 3 hingga 15 Jun.

Pasukan negara akan menentang UAE dalam aksi pertama pada 3 Jun, diikuti Vietnam pada 11 Jun dan menutup kempen dengan bertemu Thailand, 15 Jun.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker