Tiga ditahan kes culik pembantu kedai telefon bimbit

 

PETALING JAYA: Pemandu e-hailing antara tiga lelaki yang ditahan polis di sekitar Melaka semalam bagi membantu siasatan kes culik pembantu kedai telefon bimbit di ibu negara, Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 37 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kesemua mereka telah direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“IPD Cheras ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek-suspek tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Bilik Gerakan IPD Cheras di talian 03-92845050 / 5051,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 25 tahun telah keluar untuk menghantar tiga telefon bimbit jenis Apple 12 Pro Max dengan harga RM17,000 kepada seorang pembeli di Plaza Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Namun, sehingga lewat malam, mangsa masih belum pulang ke kedai dan gagal dihubungi.

Mangsa kemudian dicari oleh bapanya serta rakan sekerjanya ke lokasi tempat penghantaran telefon bimbit tersebut namun hanya menjumpai motosikal milik mangsa.

Susulan itu, satu laporan polis telah telah dibuat pada pukul 3.20 pagi keesokannya untuk kertas siasatan Orang Hilang telah dibuka.- UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker