Dalang kartel projek kerajaan berdepan penjara 483 tahun

Dalang kartel projek kerajaan berdepan penjara 483 tahun

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket kartel penipuan projek-projek kerajaan berdepan penjara sehingga 483 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Adly Kamarudin, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 69 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Prosiding pembacaan pertuduhan itu mengambil masa lebih sejam bermula pukul 10.20 pagi dengan tertuduh kelihatan tenang.

Mengikut kesemua pertuduhan, Adly didakwa telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan seramai lapan orang pekerjanya untuk memalsukan 69 dokumen pelbagai projek dengan tujuan
menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Kesemua projek itu termasuk projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dingin di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Felda serta pemasangan mekanikal kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Bentong, Pahang.

Perbuatan itu dilakukan bermula Jun 2019 hingga September 2020 di sebuah rumah banglo, Bandar Baru Bangi.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan bagi semua pertuduhan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jumlah jaminan dan syarat tambahan lain termasuk pemakluman secara e-mail kepada mahkamah dan pihak pendakwaan dalam tempoh tujuh hari sebelum ke luar negara.

Turut dibenarkan adalah penyelesaian ikat jamin sehingga pukul 11 pagi esok.

Kosmo! pada 7 April lalu melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk hanya mengambil tujuh tahun untukmengumpul kekayaan melampau yang mencecah jutaan ringgit menerusi penglibatannya sebagai kartel projek-projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion.

Kemewahan yang dimiliki suspek itu terbongkar selepas SPRM menahan suspek pada 4 April lalu serta membuat rampasan dan sitaan pelbagai aset termasuk kenderaan mewah, wang tunai, kapal layar serta dua buah helikopter persendirian. K Online

Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker