Pemain wanita negara gegar Sepanyol

Pemain bola sepak remaja wanita kebangsaan, Berlin Leong membawa nama Malaysia di mata dunia apabila dia kini beraksi untuk skuad kedua kelab CF Pozuelo di Sepanyol.

Dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur, Berlin atau nama sebenarnya, Leong Xin Ying, 19, memulakan perjalanan di bumi Sepanyol dan diberi peluang pertama untuk beraksi bersama pasukan belia Pozuelo (CF Pozuelo Juvenil A) pada Ogos 2019.

“Saya memulakan latihan serta beraksi buat kali pertama bersama pasukan belia CF Pozuelo.

“Latihan bersama kelab ini juga mendedahkan kepada saya mengenai teknik baharu serta kompleks dan ini meningkatkan keyakinan saya beraksi di atas padang.

Berdasarkan prestasi yang kian meningkat, Berlin akhirnya diberi peluang untuk membarisi skuad wanita senior kedua kelab itu pada November tahun lalu.

“Ini adalah satu penghormatan besar buat diri saya namun saya percaya bahawa terdapat banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki.

“Saya akan terus memberikan yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia di bumi Sepanyol. Latihan di sini sedikit berbeza kerana ia meliputi aspek taktikal serta fizikal di dalam satu sesi.

“Saya tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri kerana menganggap jurulatih serta rakan pasukan sebagai keluarga di sini,” jelasnya.

Nama Berlin mula menjadi tumpuan di bumi Sepanyol selepas diturunkan buat kali pertama pada aksi menentang skuad wanita kedua Real Madrid pada 13 Disember lalu selain berjaya membarisi kesebelasan utama pada aksi menentang Olimpico de Madrid pada 19 Disember.

Selain itu, anak kepada pasangan Leong Yok Kin dan Verna Ong juga bercita-cita untuk beraksi bersama skuad senior wanita Pozuelo selain mahu terus memberikan sumbangan kepada skuad wanita kebangsaan dalam pertandingan antarabangsa.-BH

Hundreds of protesters rally in London, Berlin over U.S. death

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker