MP Sekijang Sudah Buat Laporan, Kini Bola ‘Ditangan’ SPRM dan Rakyat Menunggu Tindakan



Sebaran :

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail memaklumkan sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas beliau mendakwa cuba dipujuk dua individu termasuk seorang bergelar “Datuk Seri” supaya memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Natrah berkata, laporan dibuat itu berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan, seperti diminta suruhanjaya itu semalam.

“Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera,” katanya dalam kenyataan.



Natrah pada masa sama turut mengulangi pendiriannya sebelum ini, iaitu tidak berminat memberi sokongan kepada Muhyiddin dan tidak mahu mengkhianati PKR, pimpinan parti dan pengundi Parlimen Sekijang.

“Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen PKR atau pembangkang amnya, berhentilah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.

“Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata, lawan!” katanya.



Semalam, SPRM memohon Natrah membuat aduan, selepas memaklumkan beliau dijanjikan manfaat jika bersetuju untuk berpaling tadah daripada PKR.

Pada 28 Feb lalu, dua wakil rakyat pembangkang, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon membuat akuan berkanun (SD) menyokong kerajaan PN.


Sebaran :


Leave a Reply