Bekas ketua SPRM ‘sergah’ Mahathir, bela Muhyiddin

Share

 

 

Keangkuhan Tun Dr Mahathir terhadap sistem keadilan negara terbukti lama dulu dengan gerakan Tun kearah pemecatan Tun Salleh Abas dan beberapa hakim2 utama. Akhirnya, perundangan negara dikuasai olih orang2 seperti VK Lingam yang menjadikan hakim2 sebagai bonekanya.

Kemarahan rakyat terhadap pencabulan sistem perundangan negara memuncak pada PRU12 dan Tun Abdullah Badawi yang menjadi mangsa. BN juga terkena tempias.

Sekarang Tun Dr Mahathir menuduh hakim dan mahkamah akan dikuasai olih TS Muhyiddin Yassin.

Bagi Tun, tidak ada apa ternilai dalam negara ini selagi dia tidak berkuasa.

SPRM dan Pendakwa Raya telah diguna sehabisnya olihnya ketika dia PM untuk membalas dendam terhadap UMNO dan BN. Rosak habis agensi penyiasat dan penguatkuasa itu. Rosak juga Pendakwa Raya.

Hanya hakim dan mahkamah tinggal sebagai benteng mempertahankan keadilan. Kini, benteng ini diserang olih Tun Dr Mahathir.

Rosak negara tidak menjadi soal bagi kumpulan elit dan kaya raya Tun Dr Mahathir.

 


 

Bekas bos Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu melontarkan kritikan kepada Muhyiddin Yassin.

Menurut Dzulkifli Ahmad kenyataan dibuat Mahathir sebelum ini boleh dianggap sebagai menghina mahkamah serta hakim yang mengendalikan kes berkenaan.

“Hanya mahkamah yang boleh membebaskan yangg dituduh.

“Kenyataan mengatakan bahawa PM ‘Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak bersalah’ adalah kenyataan menghina mahkamah!

“Penghinaan kepada hakim yang menghakimi kes-kes tersebut!” katanya dalam ciapan di Twitter malam tadi.

Bersama ciapan itu, Dzulkilif turut mengepilkan laporan sebuah portal berita yang memetik Mahathir berkata Muhyiddin akan membebaskan Najib Razak yang ketika ini berdepan dengan puluhan tuduhan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Semalam, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin akan memastikan enam ahli parlimen Umno yang kini berdepan kes mahkamah atas tuduhan rasuah untuk tidak disabitkan kesalahan.

Tun M dakwa Muhyiddin akan ‘bebaskan’ Najib

Selain Najib, Muhyiddin juga didakwa Tun M akan ‘membebaskan’, Ahamd Zahid, Ku Nan, Abdul Azeez, Ahmad dan Bung Moktar.

Kata bekas perdana menteri itu, sekiranya ahli parlimen Umno itu didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat, yang akan menyebabkan kerajaan Muhyiddin tumbang kerana kekurangan majoriti.

Dedah rakaman audio

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (daripada 222 kerusi kesemuanya).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang daripada separuh,” kata Mahathir dalam kenyataaan tersebut.

Tindakan mahkamah diambil ke atas pemimpin kanan Umno itu selepas kerajaan BN gagal mendapat mandat daripada rakyat untuk terus menjadi kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) dua tahun lalu.

Ia adalah antara janji yang diikrarkan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk dilaksanakan dalam pentadbiran mereka.

Antara skandal yang disiasat ketika itu ialah 1MDB, Tabung Haji dan Felda.

Untuk rekod Dzulkifli adalah pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM ketika skandal 1MDB meruncing di bawah kerajaan Najib.

Nama beliau juga dikaitkan dalam pendedahan rakaman oleh SPRM mengenai perbualan beberapa individu mengenai maklumat sensitif didakwa melibatkan siasatan 1MDB.

Antara perkara yang didakwa dibocorkan adalah kandungan kertas siasatan itu tidak memihak kepada Najib, sekali gus mencadangkan agar mereka boleh bertemu bagi berbincang lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Selain nama Dzulkifli dan Najib, isteri bekas perdana menteri itu, Rosmah Mansor, juga dikaitkan dalam pendedahan rakaman berkenaan. Ketika itu SPRM diketuai peguam kanan, Latheefa Koya.

Latheefa bagaimanapun meletakkan jawatan sejurus selepas kerajaan PH ditumbangkang melalui Langkah Sheraton.

Kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan kemudian dikritik kebanyakan pihak kerana ditubuhkan tanpa mendapat mandat daripada rakyat melalui PRU.

Jawatan ketua pesuruhjaya SPRM kini disandang Azam Baki sejak Mac lalu.

Awal tahun lalu, dalam pendedahan klip audio oleh Latheefa, Dzulkifli dikatakan pernah membocorkan maklumat siasatan pihak berkuasa berhubung skandal SRC International Sdn Bhd (SRC) kepada Najib pada 2016, yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Mkini

One thought on “Bekas ketua SPRM ‘sergah’ Mahathir, bela Muhyiddin

  • June 14, 2020 at 15:04
    Permalink

    patut ler atok dpt memerintah malaysia 22 tahun…..rupa2 nya ini cara taktik kotor dia….politik dendam….tak percaya orang lain mcm fahaman konunis.. atok nih

    Reply

Leave a Reply