[VIDEO] “Benci Dgn Org Mungkir Janji” – Nabila Huda

“Saya benci gila orang mungkir janji… saya ada buat job sebelum ini. Dah la masa awal tu, dia dah failed. Saya layan saja sebab dia janji tapi mungkir janji sebab ada masalah lain. Ikut kontrak, sepatutnya saya dapat gaji 14 hari selepas selesai kerja.

Yang paling best, kita pula nak kena mesej ingatkan fasal bayaran. Kenapa benda ini tak pernah selesai? Kami sebagai pelakon, selalu berdepan dengan masalah bayaran lewat. Saya tak suka orang mungkir janji. Kita pun ada perasaan, sekurang-kurangnya beritahu ada masalah… janganlah sampai kita call.

“Masa nak panggil kita… punya la mengampu, sayang, suka pada talent itu, bukan main lagi. Bila dah dapat, patut tunaikan tanggungjawab… tak dapat buat. Kita dah beri komitmen 100 peratus dan buat kerja sebaik yang mungkin. Lepas itu, nak dapat gaji… kita pula nak fikir masalah kewangan mereka. Kenapa pula saya nak kena dengar masalah korang?


“Padahal aku dah lakukan kerja seperti mana yang korang nak. Kalau dah tulis dalam kontrak, bayar la on time. Bila dah tiba waktu bayaran, semua senyap. Aku pula nak kena mesej, nak kena tanya gaji masuk bila,” luah pelakon Nabila Huda dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berang apabila tidak menerima bayaran seperti dijanjikan selepas selesai menjalani sebuah penggambaran. Nabila berkata, pihak yang sepatutnya bertanggungjawab hanya berdiam diri sehingga membuatkan dia menghantar mesej bertanyakan hal itu.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman berdepan masalah yang sama. Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini juga memberitahu dia sudah memberikan komitmen sepenuhnya dan melakukan kerja dengan baik namun pihak itu tetap tidak melunaskan bayarannya.

Bukan sahaja tidak mengikut kontrak yang sudah dipersetujui, pelakon berusia 37 tahun itu terpaksa mendengar pelbagai alasan dan masalah yang dihadapi pihak terbabit. Sementara itu, Nabila mengakui berasa malu kerana terpaksa bergaduh disebabkan soal bayaran.

“Kasi muka sikitlah… jatuh maruah aku nak tanya bayaran, nak kena marah-marah, nak kena buang tenaga aku… why? Siapa punya tanggungjawab… job scope?

“Aku sebenarnya geli nak bertekak dan bergaduh sebab duit… buruk perangai tapi itu duit gaji aku. Kau yang patut tahu kena buat apa. Kau punya talent dah buat yang terbaik dan semua happy tapi aku nak kena tunggu dapat gaji susah betul,” tuturnya.

Jangan tiru aksi Nabila Huda: PU Syed

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker