Kurangkan cukai pendapatan, tambah bantuan perniagaan, gesa Pemuda MCA

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 hari ini diluluskan sebulat suara.

Resolusi merangkumi hal ehwal parti dan sayap Pemuda, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan itu diluluskan seramai 322 perwakilan selepas dibahas oleh 10 perwakilan dari 10 negeri.

Persidangan itu dilaksanakan secara hibrid dengan menggabungkan kehadiran secara fizikal di Wisma MCA di sini seramai 51 orang dan selebihnya hadir secara maya.

Resolusi itu antara lain menyeru kerajaan agar mengurangkan kadar cukai pendapatan bagi meringankan beban rakyat.

Selain itu, perwakilan meluluskan resolusi untuk bantuan keusahawanan diperluas serta pinjaman kepada golongan belia dipertingkat bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan dalam talian.

Dong Zong rakus, resolusi penting diri, tak peka keadaan semasa

Pemuda MCA juga meminta kerajaan menyediakan geran kepada pekerja muda untuk menjalani latihan peningkatan kemahiran.

Di bawah resolusi hal ehwal Pemuda, sayap itu mahu diberikan lebih banyak peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan menggesa ahli sayap agar segera mendekati pengundi muda sebagai kesiapsiagaan pelaksanaan Undi 18 (kelayakan mengundi pada umur 18 tahun) bagi menghadapi PRU15.

Perhimpunan itu turut meluluskan resolusi politik, yang antara lain, menggesa ahli politik agar mengetepikan perbezaan fahaman politik dan menghentikan segala pergolakan serta bersama-sama memerangi pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Perwakilan juga menyeru agar semua ahli parti bersatu bagi menghadapi PRU akan datang.

UMNO Pagoh Teguh Pendirian, Tentang Muhyiddin Dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker