[VIDEO] ALIFF SYUKRI NAK LET GO RUMAH DI PAVILLION

Sedih sangat saya sebabnya saya nak jual rumah apartment saya di Pavilion Bukit Bintang ni. Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni. Padahal saya dah jual murah daripada Market Value hanya RM6 juta fully furnished..

“Disebabkan pembeli tak ada.. saya rasa saya nak sewa sahaja rumah ni pada harga murah-murah. Kepada anda yang nak sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM28k.. sebab musim covid saya bagi 45%-50persen diskaun.

“Kepada sesiapa yang berminat boleh Whatsapp pada no telefon yang tertera di bawah atau korang boleh sewa seminggu pon boleh tak ada masalah. Cepat Whatsapp pada No tel 018-4027921 atau 019 314 6133.

“Kesian saya tunggu pembeli pembeli tak kunjung tiba. Tag kawan-kawan anda siapa yang mahu sewa di sini… rumah ni betul-betul bawa Pavilion jadi kalau nak shopping beli beg Gucci, LV ke Prada ke… turun jer bawah lift dah sampai..

https://www.instagram.com/p/CL_yw8WpT4l/?utm_source=ig_web_copy_link

“Memang senang dan yang paling best pasal rumah ini adalah dia tidak pernah sunyi 24 jam nak makan boleh terus makan dekat food court Pavilion nak tengok wayang turun bawah saja rumah ni ada empat bilik, 3 bilik air..

“Kalau nak tngok rumah saya yang lain utuk dijual dan disewa lagi boleh follow IG @as_propertyy. Di sana ada rumah sewa serendah RM600 untuk tiga bilik murah sangat-sangat cepat followed Instagram @as_propertyy,” demikianlah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Aliff Syukri yang sebelum ini terpalit pelbagai isu itu dilihat kurang mencetuskan kontroversi seperti kebiasannya, sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff ada memuat naik perkongsian di laman Instagram memberitahu hasratnya untuk menjual rumah miliknya di Pavillion, Kuala Lumpur tidak berjaya walaupun sudah setahun diiklankan.

Aliff berkata dengan situasi pandemik ketika ini sukar untuk mencari pembeli kerana rata-ratanya tidak berkemampuan untuk membeli rumah berharga RM6 juta itu. Susulan itu, Aliff mengambil inisiatif untuk menyewakan sahaja rumah berkenaan.

Ujarnya, sewa bulanan rumah tersebut adalah RM28,000 namun disebabkan pandemik dia menawarkan diskaun hingga 50 peratus. Kata Aliff lagi, rumah tersebut betul-betul di atas Pavillion dan boleh turun sahaja jika ingin membeli belah dan makan.

Aliff Syukri, isteri tak terbabit Macau Scam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker