Bapa akan sampaikan ‘hajat’ Mohd. Afiq
SUNGAI PETANI- Bapa Mohd. Afiq Ikmal, Muhamad Zaini Rahim, terkilan kerana anaknya tidak sempat memberikan hadiah kepada doktor dan jururawat yang merawatnya di hospital itu sejak 13 Februari lalu.
Menurutnya, arwah telah buat tempahan 35 kotak hadiah untuk disampaikan sendiri kepada petugas berkenaan pada bulan ini tetapi hajatnya itu tidak kesampaian.
“Insya-Allah saya sekeluarga akan menyempurnakan hajatnya itu,” katanya katanya ketika ditemui di rumah datuk Allahyarham Mohd. Afiq Ikmal di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini hari ini.
Menurut Muhamad Zaini, 50, dia sedih dengan kematian anak sulungnya itu kerana sebelum itu arwah memandangnya dengan sayu tetapi tidak boleh bercakap.
“Arwah solah-olah mahu berbisik sesuatu kepada saya sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
“Saya bersyukur kerana sempat bersama arwah semasa dia menghembuskan nafas terakhirnya,”katanya.-K! ONLINE
Afiq beri ‘Renungan Terakhir’ kepada bapa sebelum menghembuskan nafas terakhir
You must be logged in to post a comment.