Afiq beri ‘Renungan Terakhir’ kepada bapa sebelum menghembuskan nafas terakhir

SUNGAI PETANI: “Sebelum meninggal dunia, Mohd Afiq Ikmal sempat membuka kedua-dua matanya awal pagi tadi dan merenung wajah saya sedangkan sebelum ini dia tidak sedarkan diri.

“Saya sempat mengajar dia mengucap syahadah dan ketika itu, dia tenung wajah saya agak lama, namun kira-kira 10 minit kemudian, dia tutup mata dan doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia,” kata Muhammad Zaini Derahim, 50.

Muhammad Zaini berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anaknya itu, namun hubungan dengan Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, iaitu penderma hati kepada Allahyarham Mohd Afiq Ikmal tidak akan terputus.

“Pengorbanan dan jasa Wan Mohd Hafizam sangat besar, kami tidak akan terbalas sehingga mati kerana dia sanggup menderma hati kepada anak saya walaupun sebelum ini kami saling tidak mengenali.a dan tiada siapa yang mahu melakukannya melainkan ahli keluarga saja,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barakah, Kampung Masjid Tikam Batu, di sini, petang tadi.

Al-Fatihah: Penerima Hati Pertama, Afiq Ikmal Meninggal Dunia

Jenazah Mohd Afiq Ikmal selamat dikebumikan pada jam 6 petang tadi selepas solat jenazah yang dihadiri lebih 50 orang termasuk Wan Mohd Hafizam, jemaah masjid, ahli keluarga dan sahabat handai.

Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi selepas 18 hari menjalani rawatan di Hospital Selayang, Selangor, iaitu sejak 13 Februari lalu akibat komplikasi hati.

Allahyarham Mohd Afiq Ikmal mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 yang disumbangkan Wan Mohd Hafizam.

Keberanian Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu berjaya menimbulkan kesedaran kepada rakyat Malaysia kepentingan pendermaan organ.

Muhammad Zaini berkata, arwah Mohd Afiq Ikmal sebelum ini mahu pulang ke rumah mereka di Rawang, Selangor dan hanya dapat berbuat demikian dua hari sebelum dimasukkan semula ke hospital selepas tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, hasratnya untuk mengebumikan arwah anaknya di kampung halamannya di sini tertunai hari ini.

“Saya yang mahu arwah dikebumikan di sini sebab semua nenek moyang saya ada di sini, malah jika saya meninggal dunia nanti pun, saya minta dikebumi di sini,” katanya.

Allahyarham Mohd Afiq Ikmal adalah anak sulung daripada tiga beradik hasil perkongsian hidup Muhammad Zaini dengan isterinya, Shamsinar Salimen, 50.

[VIDEO] Semoga Mohd Afiq tenang di sana..Jenazah penerima hati pertama negara selamat dikebumi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker