Al-Fatihah: Penerima Hati Pertama, Afiq Ikmal Meninggal Dunia

Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, sejak 13 Februari lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5 pagi tadi.

“Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi.

Bagaimanapun, usaha BH menghubungi waris Mohd Afiq Ikmal masih belum berjaya.

Baru-baru ini, BH melaporkan, Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Pemuda berkenaan menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan-BH

[VIDEO] Mohd Afiq mula beri tindak balas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker