Mahathir Lupa Tengok Cermin, Dakwa Ahli Parlimen Terlalu Mudah ‘Dibeli’,



Sebaran :

 

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat sebelum ini sudah menjadi terlalu mudah untuk ‘dibeli’ sehingga membelakangi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat, kerajaan bukan lagi dipilih oleh rakyat sebaliknya menganggap kerajaan kini boleh dibentuk dengan hanya menggunakan sogokan wang.

“Saya khuatir sangat berke­naan dengan rasuah. Kerajaan boleh dibeli oleh sesiapa yang ada duit. Di Sabah, bayar seorang RM5 juta, dia keluar dari parti dan kerajaan hampir jatuh.



“Kalau kita boleh beli kerajaan, kita tidak akan dapat pilih kerajaan. Pada PRU-14, kita pi­lih kerajaan tetapi oleh kerana cara-cara lain, mereka buat kerajaan pintu belakang. Ini tak ada dalam Perlembagaan. Walaupun tak salah tapi ini bukan cara kita bentuk kerajaan, kita patut ada pilihan raya dan kita hormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangannya dalam program Bicara Negarawan berjudul Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita anjuran Majlis Profesor Negara.

Pada masa sama, Mahathir berpandangan semua ahli Parlimen perlu menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat, bukannya menjatuhkan kerajaan ketika tempoh pentadbiran berlangsung.



“Macam Presiden Amerika Syarikat sebelum ini Donald Trump, dia dipilih oleh rakyat dan dia penuhi empat tahun penggal, tapi kita di sini bila kita pilih kerajaan, sudah tubuh kerajaan dan tengah berjalan, ada orang main dari belakang dan pujuk orang ini sertai pembangkang.

“Yang kalah jadi kerajaan, yang menang jadi pembangkang. Ini tak harus berlaku. Ini bermakna kita tak hormati undi rakyat,” katanya


Sebaran :


One thought on “Mahathir Lupa Tengok Cermin, Dakwa Ahli Parlimen Terlalu Mudah ‘Dibeli’,

  • dengan Puad Zarkashi terus dia saman bila orang tu setakat kritik & sindir dia je tapi madey kutty tuduh tanpa bukti kata dia beli ahli parlimen pkr untuk lompat masuk pn supaya dia dapat terus kekal jadi pm, takde pulak muhyiddin berani nak saman

    kalau nak buli orang jangan setakat buli UMNO je, kenalah adil buli orang lain juga…nampak sangat muhyiddin & ppbm memang kaki buli UMNO je…perangai begini boleh membuat UMNO tambah rasa tidak teragak-agak untuk putuskan hubungan & kerjasama

    Reply

Leave a Reply