Kerusi BN ikut kuota tidak relevan lagi

 

JOHOR BAHRU: Pembahagian kerusi mengikut kuota dan bukan berasaskan majoriti kaum yang dibuat Barisan Nasional (BN) selama ini sudah tidak relevan untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang berkata, pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seharusnya dibuat berasaskan jumlah kaum di sesebuah kawasan sekali gus memenuhi kehendak serta sentimen pengundi.



Beliau berkata, sekiranya BN masih menggunakan formula yang lama iaitu pembahagian kerusi mengikut kuota, parti bakal berdepan risiko kekalahan.

“Kalau sesebuah kawasan itu 50 peratus adalah Melayu, BN perlu meletakkan calon daripada UMNO, begitu juga sebaliknya. Ini lebih adil dan menyakinkan, kita perlu realistik kerana landskap politik Malaysia sekarang sudah berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kembali ke Sekolah Pemuda UMNO Cawangan Kangkar Tebrau Baru dan Persatuan Belia Baru Bersatu di Kangkar Tebrau Baru, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, Mohd. Ariff Omar dan Pengerusi persatuan belia berkenaan, Muhammad Amar Zainuddin.



Pada program tersebut, persatuan belia berkenaan menyumbangkan sebanyak 220 beg sekolah kepada murid daripada keluarga B40 yang disampaikan dari rumah ke rumah melibatkan Kampung Kangkar Tebrau Baru, Kampung Ulu Pandan dan Kampung Bunga Ros.

Maulizan berkata, BN dan UMNO tidak boleh lagi meneruskan cara lama itu sebaliknya semangat tolak-ansur sesama parti komponen BN menjadi tunjang dalam memastikan kemenangan besar pada PRU-15.

Jelasnya, keadaan sudah benar-benar berubah dan memerlukan penyesuaian baru dalam menyusun kerusi di kawasan Parlimen yang pengundi sesebuah kaum melebihi 50 peratus.

Dalam pada itu, Maulizan yakin sokongan pengundi sudah kembali kepada BN berdasarkan perkembangan politik semasa termasuk keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini serta keadaan sambutan di DUN Tiram dalam Parlimen Tebrau sendiri.



“Selepas DUN Tiram tewas dalam PRU-14, BN dan UMNO Tebrau terus bergerak dan membuat program walaupun secara kecil-kecilan. Ini bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan dan kini mereka sedar selepas ditipu Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu,” katanya.

Disoal sama ada beliau akan bertanding semula atau tidak bagi kerusi DUN Tiram pada PRU-15, Maulizan yang kini berusia 58 tahun memberitahu akan memberi laluan kepada generasi muda dalam BN atau UMNO Bahagian Tebrau yang berkelayakan

Related Articles

One Comment

  1. aku dah lama meluat dengan sikap UMNO suka terlalu baik hati pada mca & mic
    untuk kesejuta kali…
    wahai UMNO, cubalah faham naratif ini….
    hentikan pembahagian kuota ini
    pengundi bukan melayu telah & akan terus memilih dap & pkr untuk mewakili mereka
    tiada guna nak pertahan atau tambah kuota sedia ada kerana…
    mca & mic sudah ‘dibuang’ oleh pengundi bukan melayu sejak PRU12(2008)

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker